Sunday, May 28, 2023

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 


1. SARINGAN

- Satu peringkat untuk guru mengenal pasti pelajar yang berisiko untuk dirujuk untuk mendapat satu pemeriksaan lanjut dan pengukuran yang konprehensif.

- Pentaksiran juga perlu dilakukan oleh guru dalam fasa saringan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan dijalankan secara berterusan. Pentaksiran dilakukan melibaatkan pengumpulan data-data secara kualitatif dan kuantitatif.

- Program Saringan Literasi Dan Numerasi (LINUS)


2. KELAYAKAN

- Satu peringkat yang digunakan oleh pengamal perubatan untuk mengesahkan sama ada pelajar tersebut merupakan pelajar yang berkeperluan khas.

- Kepercayaan penuh diberikan kepada pengamal perubata bagi mengesahkan masalah yang dihadapi pelajar berdasarkan ciri-ciri berkeperluan khas berpandukan IPMBDP dan ISD.

Tanggungjawab PPd amaat penting untuk mengelaraskan senarai pelajar yang diterima di sekolah-sekolah tertentu.


3. PENEMPATAN (intervensi pengajaran)

- Beberapa istilah yang digunakan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang digunakan. Antaranya istilah kanak-kanak luarbiasa (exceptional children), Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities), kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children), dan kanak-kanak berisiko (at risk children).

Penyedian Rancangan Pendidikan Individu (RPI) juga merupakan salah satu rancangan intervensi yang dilaksanakan di Malaysia.


4. PERUBAHAN (mengukur kemajuan)

- Mengukur sejauhmana pencapaian pelajar setelah intervensi dijalankan seperti yang terdapat dalm RPI.

Objektifnya adalah untuk melihat sama ada pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk atau kemahiran yang telah diajarkan kepada mereka.

Kemajuan pelajar diukur dengan Ujian pencapaian bagi memberi kesedian kepada pelajar untuk memulakan tajuk baharu dan mengenal pati masalah yang dihadapi mereka dalam tajuk-tajuk yang diuji.

- Dua jenis ujian pencapaian yang sering digunakan untuk mengukur tahap kemajuan pelajar di Malaysia iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

No comments:

Post a Comment

TEORI DAN MODEL PENTAKSIRAN

      Tiga Jenis Model Pentaksiran: Gambar: Jenis Model Pentaksiran 1) TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY Gambar: Zon ZPD Murid berkeperlu...