1. SARINGAN
- Satu peringkat untuk guru mengenal pasti pelajar yang berisiko untuk dirujuk untuk mendapat satu pemeriksaan lanjut dan pengukuran yang konprehensif.
- Pentaksiran juga perlu dilakukan oleh guru dalam fasa saringan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan dijalankan secara berterusan. Pentaksiran dilakukan melibaatkan pengumpulan data-data secara kualitatif dan kuantitatif.
- Program Saringan Literasi Dan Numerasi (LINUS)
2. KELAYAKAN
- Satu peringkat yang digunakan oleh pengamal perubatan untuk mengesahkan sama ada pelajar tersebut merupakan pelajar yang berkeperluan khas.
- Kepercayaan penuh diberikan kepada pengamal perubata bagi mengesahkan masalah yang dihadapi pelajar berdasarkan ciri-ciri berkeperluan khas berpandukan IPMBDP dan ISD.
- Tanggungjawab PPd amaat penting untuk mengelaraskan senarai pelajar yang diterima di sekolah-sekolah tertentu.
3. PENEMPATAN (intervensi pengajaran)
- Beberapa istilah yang digunakan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang digunakan. Antaranya istilah kanak-kanak luarbiasa (exceptional children), Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities), kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children), dan kanak-kanak berisiko (at risk children).
- Penyedian Rancangan Pendidikan Individu (RPI) juga merupakan salah satu rancangan intervensi yang dilaksanakan di Malaysia.
4. PERUBAHAN (mengukur kemajuan)
- Mengukur sejauhmana pencapaian pelajar setelah intervensi dijalankan seperti yang terdapat dalm RPI.
- Objektifnya adalah untuk melihat sama ada pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk atau kemahiran yang telah diajarkan kepada mereka.
- Kemajuan pelajar diukur dengan Ujian pencapaian bagi memberi kesedian kepada pelajar untuk memulakan tajuk baharu dan mengenal pati masalah yang dihadapi mereka dalam tajuk-tajuk yang diuji.
- Dua jenis ujian pencapaian yang sering digunakan untuk mengukur tahap kemajuan pelajar di Malaysia iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.